Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam Taufan Mangkhut di Filipina - Utusan Malaysia

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam Taufan Mangkhut di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera akibat Taufan Mangkhut yang membadai beberapa kawasan di Filipina semalam dan hari ini.

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini, keadaan di kawasan yang terjejas masih lagi tidak selamat, maka seluruh rakyat Malaysia dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan yang tidak mustahak ke kawasan yang terlibat.

“Kebanyakan kawasan yang terjejas oleh taufan itu adalah di bahagian utara Luzon, Filipina.  

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakyat Malaysia yang melawat atau tinggal di kawasan terbabit dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Kementerian Luar menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Manila juga Pejabat Konsul Besar di Davao, Mindanao sedang memantau rapi keadaan ini, kata kenyataan itu lagi. 

“Kedutaan Besar Malaysia juga berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan pandangan dan maklumat terkini,” katanya. – Bernama 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini