Pecat jika terbukti rasuah - Utusan Malaysia

Pecat jika terbukti rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Mana-mana ahli PKR yang mengamalkan politik wang ketika pemilihan parti itu berlangsung akan dipecat jika mereka terbukti bersalah melakukan amalan rasuah.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sendiri yang akan mengemukakan usul supaya ahli parti yang mengamalkan rasuah itu dipecat daripada parti.

“Pagi tadi ditahan dua orang, kalau betul terbukti (rasuah) saya akan kemuka usul supaya dipecat mereka daripada menjadi ahli,” katanya ketika berucap pada sesi soal jawab program ‘Meet Anwar’ anjuran Anwar Ibrahim Club di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam politik wang bagi pemilihan pemimpin cabang PKR di Kedah semalam.

Kedua-dua suspek dikatakan terlibat meminta wang suapan sebanyak RM20,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan agar namanya yang telah didaftarkan untuk pemilihan parti dikekalkan di dalam sistem sekali gus layak untuk bertanding. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini