KUALA NERUS 16 Sept. – Biarpun tindak-tanduk UMNO terhadap Pas dan kalangan pemimpinnya sewaktu parti tersebut menerajui pemerintahan memperlihatkan catatan sejarah yang melukakan, itu tidak harus menjadi penghalang bagi kedua parti untuk kembali bekerjasama.

Perwakilan dari Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata, pendekatanini perlu dilihat dari kaca mata Islam dengan tuntutan bagi menjaga survival agama dan kesejahteraan rakyat terpelihara.
Ketua Penerangan Pas negeri itu mengimbas tentang kalangan pemimpinPas yang pernah merenguk dalam tahanan di samping tindakan keras dankasar terpaksa dihadapi apabila mengerakkan sebarang himpunan.
“Termasuklah juga Peristiwa Memali yang berlaku. Walaupun luka itu luka besartetapi Pas berjiwa besar, berlapang dada insyaAllah. Demi survival Islam, demi untuk memastikan kita hendak menyelamatkan rakyat dengan mengambil apa yangditunjuk oleh Nabi,”ujarnya.
Beliau menyatakan demikian ketika membahaskan ucapan dasar presiden dalam Muktamar Tahunan Pas kali ke-64 di Satadium Tertutup Kompleks Sukan negerri di sini semalam.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan negeri Penaga juga membawa contoh pembunuhan Saidina Hamzah oleh Wahsyi, sebagaimana bencinya Rasulullah S.A.W apabila melihat Wahsyi, baginda tetap memaafkan, atas sifat pemaaf yang dianjurkan oleh Islam.
Beliau berharap seluruh ahli dapat menyerahkan kepada kebijaksanaan barisan kepemimpinan bagi memutuskan segala perkara penting yang menjurus ke arah kebaikan Islam, rakyat dan negara.
Katanya, pemimpin Pas sebelum ini sering menyuarakan bahawa UMNO mesti menerima Islam bagi penyelesaian masalah perpecahan umat Islam yang akan menghakiskan kuasa Melayu Islam.
“Malangnya UMNO-Barisan Nasional ketika memerintah negara, pandangan ini ditolak,” ujarnya.
Beliau menarik perhatian menerusi perancangan yang teliti, gabungan pembangkang mampu mencapai kemenangan menang besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 kerana banyak kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan ekoran berlakunya pertembungan tiga penjuru.-UTUSAN ONLINE











