ISTANBUL 15 Sept. – Polis Turki, hari ini menahan kira-kira 500 orang pekerja yang mengadakan bantahan terhadap keadaan di lapangan terbang baharu Istanbul yang dijangka dibuka bulan depan.
Pengurus Besar Kesatuan Dev Yapi-Is, Ozgur Karabulut berkata, bantahan berlaku selepas kemalangan membabitkan sebuah bas ulang-alik, semalam yang menyebabkan 17 pekerja cedera.
Katanya, ini mengakibatkan ratusan pekerja menyertai demonstrasi berkenaan dan ia dileraikan oleh pihak polis, termasuk menggunakan kenderaan anti rusuhan dan gas pemedih mata. – REUTERS
Memuatkan artikel berkaitan…











