Universiti tidak campur tangan dalam pilihan raya kampus - Utusan Malaysia

Universiti tidak campur tangan dalam pilihan raya kampus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di semua universiti awam akan diberi kebebasan sepenuhnya dalam menentukan acuan kepimpinan mereka sendiri tanpa penglibatan pihak pengurusan universiti mulai tahun ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenya­taan semalam berkata, sehubungan itu proses dan tatacara pemilihan MPP atau juga dikenali sebagai Pilihan Raya Kampus (PRK) turut akan disemak semula.

“Mesyuarat Penye­larasan PRK antara Jabatan Pendidikan Tinggi, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Pegawai Undang-undang Universiti Awam memutuskan agar tatacara pelaksanaan PRK disemak bagi membolehkan pelajar mengendali proses tersebut secara telus dan bebas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“MPP akan membawa semangat autonomi de­ngan kebebasan bersua­ra sepenuhnya, berpolitik dan berpersatuan dalam memperjuangkan hal ehwal pelajar, kebajikan, akademik, politik mahupun aktiviti tanpa keterlibatan pihak pe­ngurusan universiti,” menurut kenyataan itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini