Tangani masalah penuaan penduduk - Utusan Malaysia

Tangani masalah penuaan penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Malaysia perlu mengkaji amalan di negara lain terutamanya negara maju dalam mengendalikan soal penuaan penduduk, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

MAHATHIR

“Kita menuju ke arah itu di mana terdapatnya penduduk yang mencapai usia tua. Bagaimana kita menjaga mereka? Ini bukan cuma soal memberikan mereka tempat berlin­dung tetapi menjadikan mereka sentiasa aktif kerana jika tidak aktif, mereka akan beransur-ansur pudar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebanyakan masyarakat maju mempunyai dana bagi membantu orang tua, mereka yang tidak mampu mencari nafkah dan mereka yang memerlukan penjagaan.

“Perkara itu boleh ditangani menerusi sumbangan insurans ketika mereka masih bekerja, hampir serupa seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Bagaimanapun, amaun KWSP tidak mencukupi bagi perlindungan dalam jangka masa panjang kerana orang tua sekarang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang,” katanya dalam temu bual bersama Persatuan Third Age Media dan Bernama News Channel baru-baru ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini