Felda United sahkan tempat ke suku akhir - Utusan Malaysia

Felda United sahkan tempat ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Felda United mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia biarpun mengalami kekalahan besar kepada Melaka United 1-6 dalam perlawanan kumpulan B di Stadium Hang Jebat, di sini sebentar tadi.

Menyedari peluang telah tertutup, pemain skuad Sang Kancil tetap mempamerkan kesungguhan dan semangat juang tinggi untuk mengakhiri perlawanan dengan kemenangan.

Pasukan tuan rumah mula membuka jaringan pada minit ke-9 apabila Ifedayo Olusegun dengan mudah menewaskan penjaga gol pelawat, Muhammad Azri Abdul Ghani.

Memuatkan artikel berkaitan…

Melaka United terus menambah gol pada minit ke-24 menerusi Yahor Zubovich yang berlari membawa bola di kawasan kiri padang sebelum melepaskan rembatan ke arah pintu gol Felda United yang gagal diselamatkan penjaga gawang.

Sebelum berakhir separuh masa pertama, umpanan S. Chanturu berjaya dimanfaatkan Ifedayo Olusegun untuk membolehkan Melaka United terus mendahului pada minit ke-43.

Bersambung babak kedua menyaksikan pemain pertahanan Felda United, Muhammad Zahril Azri Zabri berjaya menjaringkan gol pada minit ke-55 sebelum Chanthuru melebarkan jaringan untuk tuan rumah di minit ke-72 dan 77.

Ifedayo melengkapkan hatriknya dan pesta gol Melaka United selepas dengan mudah menjaringkan gol keenam pada minit ke-83 dan keputusan itu kekal sehingga tamat permainan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini