Wehrlein nekad tinggalkan program Mercedes - Utusan Malaysia

Wehrlein nekad tinggalkan program Mercedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Bekas pelumba Formula Satu (F1), Pascal Wehrlein akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan program Mercedes pada akhir musim 2018 setelah sekali lagi gagal mendapat tempat untuk perlumbaan musim depan.

Pelumba kelahiran Jerman yang kembali mewakili pasukan Mercedes pada perlumbaan German Touring Car (DTM) awal tahun lalu merupakan pelumba termuda pada tahun 2014 sebelum muncul sebagai juara termuda setahun kemudian.

Pencapaian cemerlang di DTM tersebut melonjakkan kariernya ke dalam arena F1 apabila dipilih mewakili Manor Racing pada tahun 2016 sebelum berpindah ke Sauber untuk kempen tahun 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun mempamerkan aksi mengagumkan pada dua musim pertama F1, Mercedes gagal menyediakan tempat untuk Wehrlein untuk kempen 2018 setelah Sauber menggantikannya dengan seorang lagi pelumba muda, Charles Leclerc.

Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff menjelaskan bahawa pasukannya membuat keputusan untuk melepaskan Wehrlein agar dia bebas untuk mencari lebih banyak peluang berdasarkan prestasinya.

“Dengan persetujuan daripada Wehrlein, kami telah memutuskan untuk tidak lagi memanjangkan kerjasama demi memastikan beliau memiliki kebebasan untuk merebut peluang berdasarkan merit dan bakat,” ujarnya.

Pada awal musim lepas, Wehrlein merupakan salah seorang daripada pemandu yang dikaitkan dengan Toro Rosso sekali gus memberi bayangan bahawa dia akan meninggalkan Mercedes. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini