Wanita sunyi sasaran Love Scam - Utusan Malaysia

Wanita sunyi sasaran Love Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Me­nyasarkan golongan wani­ta yang kesunyian sebelum mendapatkan kepercayaan mereka merupakan antara modus operandi yang dilakukan satu sindiket penipuan melalui media sosial Facebook dikenali Love Scam sehingga mengakibatkan mangsa kerugian wang tunai.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) (Jenayah Siber Dan Multimedia) Bukit Aman, Datuk Ahmad Noordin Ismail berkata, selepas mendapat kepercayaan mangsa, sindiket tersebut akan memulakan langkah seterusnya iaitu membuat janji untuk me­ngirimkan parcel ataupun bara­ngan berharga sebagai tanda perhubungan.

“Bagaimanapun, mangsa kemudian akan menerima panggilan yang memaklumkan bara­ngan tersebut ditahan di lapangan terbang oleh pihak berkuasa dan perlu memindahkan sejumlah wang untuk mendapatkannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada juga mangsa yang diperdaya sehingga sanggup menye­rahkan kad ATM milik sendiri melalui perkhidmatan pos kepada ahli sindiket,” katanya pada sidang akhbar di Menara 236 di Jalan Tun Razak di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini