Jangan campur urusan PH - Utusan Malaysia

Jangan campur urusan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – UMNO perlu mengamalkan sikap berkecuali dan tidak mencampuri sebarang pergolakan yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) terutamanya melibatkan perebutan jawatan Perdana Menteri antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Sela­ngor, Datuk Noorazley Yahya (gambar) berkata, UMNO perlu meletakkan sepenuhnya fokus untuk mengembalikan kepercayaan akar umbi dan hala tuju dalam usaha memperkasakan parti berkenaan.

“Kepimpinan UMNO juga tidak seharusnya mengambil peduli terhadap pertembungan jawatan Timbalan Presiden PKR antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

“Dalam keadaan landskap politik semasa yang huru-hara akibat tindakan dan polisi kerajaan PH, UMNO perlu mengambil pe­luang memulihkan kepercayaan rakyat dengan memberi penjelasan terhadap sebarang serangan yang ditujukan kepada parti,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor turut menasihatkan agar semua anggota parti agar tidak terpedaya de­ngan sebarang propaganda politik PH.

“Ia termasuklah menjadikan ke­pimpinan UMNO dan kerajaan terdahulu sebagai kambing hitam bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan kegagalan pentadbiran PH.

“Kepimpinan dan akar umbi parti haruslah bersatu demi Melayu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini