PENAMPILAN pertama dan terakhir pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 amat bermakna buat pelumba basikal Johor, Mohamad Saari Amri Abd. Rasim apabila meraih pingat emas dalam acara lepas beramai-ramai lelaki di Taiping semalam.
Ini kerana pelumba berusia 21 tahun itu bakal menjalani ujian percubaan selama tiga bulan bersama skuad Team Sapura Cycling (TSC) minggu depan.
“Sebenarnya kemenangan ini adalah kuasa Allah. Insya-Allah saya akan cuba mendapatkan satu lagi emas dalam acara kriterium Sabtu ini (esok),” katanya kepada Kosmo! semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Saari dinobatkan sebagai juara dalam acara lepas beramai-ramai lelaki setelah melakukan catatan 3 jam 24 minit 37 saat.











