Sidra Care perkenal tiga produk baharu di pasaran - Utusan Malaysia

Sidra Care perkenal tiga produk baharu di pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sidra Care Trading, pengeluar produk penjagaan kesihatan dan kecantikan berjenama Sidra Care, mengunjurkan perolehan jualannya tumbuh seba­nyak 50 peratus pada tahun ini.

Pengasas syarikat, Muhammad Afif Yahya berkata, peningkatan nilai tersebut dijangka disumbangkan daripada program promosi produk yang lebih agresif dalam platform internet dan inisiatif syarikat untuk mendidik pelanggan menggunakan rawatan alternatif ke arah Islamik bagi me­ningkatkan kualiti kesihatan diri.

Menurutnya, syarikat juga bercadang untuk menambah rangkaian pengedarannya termasuk jumlah stokis sedia adanya hanya empat orang meningkat kepada 10 orang dan pertambahan ejen kepada 300 orang berbanding 100 pengedar pada masa kini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Testimoni positif pe­langgan terhadap penggunaan produk kami telah meningkatkan keyakinan pelanggan untuk terus setia menggunakan produk Sidra Care malah ia juga dapat menarik minat pelanggan baharu untuk mencubanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pengenalan produk baharu syarikat di Bangi Sentral baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus Pemasaran Sidra Care, Shikh Muhammad Nur Hashim Shikh Hassan.

Sidra Care memiliki 15 produk berasaskan ekstrak daun bidara yang dirumus khas yang mana daun berkenaan mengan­dungi pati bidara semulajadi, vitamin C dan bahan anti oksida.

Selain itu, Shikh Muhammad menjelaskan, tiga produk baharu yang diperkenalkan di pasaran ialah Gel Mandian Bidara yang dihasilkan melalui formulasi terkini tanpa bahan kimia, paraben dan Sodium Laureth Sulfate (SLES) serta bersesuaian untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Produk yang dijual pada harga RM80 sebotol itu telah berjaya menembusi pasaran eksport seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.

Tambah beliau, produk baharu syarikat yang telah menjalani kajian dan pembangunan hampir setahun itu ialah Losyen Bidara yang dihasilkan daripada ekstrak daun bidara, daun gelenggang dan shea butter.

Produk yang dijual pada harga RM40 seunit itu digunakan untuk sapuan luaran di kulit bagi mengurangkan pelbagai masalah kulit.

“Produk ketiga yang bakal mendapat sambutan menggalakkan ialah mi­nyak angin bidara aroma­terapi yang memiliki dua haruman iaitu lemon dan epal, ia dijual pada harga RM19.90 seunit,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini