Vietjet tawar 2.3j tiket promosi di ITE HCHC, Vietnam - Utusan Malaysia

Vietjet tawar 2.3j tiket promosi di ITE HCHC, Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Vietjet menawarkan sebanyak 2.3 juta tiket promosi sempena dengan penyertaannya dalam Ekspo Pelancongan Antarabangsa Ho Chi Minh City (ITE HCMC) yang berlangsung sehingga 8 September ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Saigon (SECC), Ho Chi Minh City, Vietnam.

Menurut syarikat penerbangan itu, promosi tersebut sah untuk semua laluan domestik Vietjet serta antarabangsa dari Vietnam ke Kuala Lumpur, Tokyo, Osaka, Seoul, Busan, Daegu, Hong Kong, Kaohsiung, Taipei, Taichung, Tainan, Singapura, Bangkok, Phuket, Chiang Mai, Yangon dan Siem Reap.

“Tempoh perjalanan untuk semua laluan domestik di Vietnam adalah dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2018, manakala untuk laluan antarabangsa dari 1 Oktober hingga 30 Jun 2019,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tiket-tiket promosi itu boleh ditempah menerusi pelbagai saluran jualan termasuk laman web Vietjet www.vietjetair.com serta menerusi telefon pintar https://m.vietjetair.com atau https://www.facebook.com/VietjetMalaysia.

Vietjet memberitahu, tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut syarikat tersebut menyertai acara tahunan pelancongan dan perdagangan antarabangsa paling berprestij dan terbesar di wilayah Mekong terbabit.

“Pelawat yang menghadiri ITE HCMC tahun ini berpeluang memenangi kod promosi eksklusif dalam cabutan bertuah tiket penerbangan domestik dan antarabangsa serta pelbagai aktiviti menarik lain semuanya di gerai pameran Vietjet,” jelasnya.

Vietjet adalah syarikat penerbangan pertama di Vietnam yang mengendalikan penerbangan tambah murah dengan pesawat moden bagi memberikan pilihan perkhidmatan luas kepada para pelanggan.

Pada masa ini, Vietjet mengendalikan 60 buah pesawat A320 dan A321 dengan lebih 385 penerbangan sehari, membawa lebih 60 juta penumpang setakat ini, dengan 94 laluan meliputi destinasi di Vietnam dan antarabangsa seperti Jepun, Hong Kong, Singapura, Korea, Taiwan, China, Thailand, Myanmar, Malaysia, Kemboja dan lain-lain.

Vietjet merancang untuk meluaskan rangkaian di rantau Asia Pasifik dan terus meluaskan rangkaian serantaunya dengan memeterai perjanjian untuk membeli pesawat baharu dan moden dari pengeluar pesawat utama dunia, baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini