Kenyataan KSN ibarat jalan keluar buat penjawat awam - Utusan Malaysia

Kenyataan KSN ibarat jalan keluar buat penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar yang menegaskan era penjawat awam menuruti arahan membuta tuli telah berlalu ibarat ‘jalan keluar’ buat golongan itu agar mereka cekap dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. 

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, Cuepacs menyokong bahawa penjawat awam tidak perlu menuruti arahan membuta tuli kerana mereka telah dibekalkan dengan perundangan dan garis panduan yang tersendiri.

“Kalau individu yang beri arahan itu sendiri akur kepada undang-undang yang termaktub, ternyata ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun apa yang membimbangkan Cuepacs adalah sekiranya terdapat arahan lain (arahan dari semasa ke semasa) yang tidak dipatuhi, ia akan menjejaskan markah prestasi dan menyekat laluan kerjaya pekerja itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ismail semalam dilaporkan berkata bagi mendepani cabaran dunia tanpa sempadan, setiap penjawat awam perlu menjadi pemimpin yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis, bukan hanya menjadi seorang pengikut. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini