Selagi ada politik orang Melayu tidak boleh bersatu - Utusan Malaysia

Selagi ada politik orang Melayu tidak boleh bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 6 Sept. – Orang Melayu di negara ini tidak akan mampu untuk terus maju selagi wujudnya sempadan politik sehingga boleh memisahkan mereka dengan pencapaian pendidikan yang lebih cemerlang.

ARSHAD AYUB
ARSHAD

Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub berkata, dalam suasana orang Melayu yang lebih mementingkan politik dari menjaga kepentingan bangsa, keupayaan mereka untuk mempertahankan hak khususnya Perkara 153 adalah diragui.

“Adakah kita gembira 95 peratus pensyarah kita adalah dalam kalangan orang Melayu dan kita berpuas hati setakat itu? Tidakkah kita mahu berusaha lebih dari itu bagi memastikan pencapaian tersebut terus meningkat lebih tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Adakah kita membuat kerja kita untuk itu (terus maju)? Selagi ada politik orang Melayu tidak boleh bersatu untuk meningkatkan (pencapaian) lebih dari itu,” katanya semasa menjawab soalan tetamu yang hadir pada Konvensyen Karamah Bangsa anjuran Kursi Institusi Raja-Raja Melayu di Dewan Annexe di UiTM Shah Alam, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini