2 lagi projek naik taraf laluan motosikal diluluskan - Utusan Malaysia

2 lagi projek naik taraf laluan motosikal diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Kementerian Kerja Raya meluluskan dua lagi projek menaik taraf terowong motosikal melibatkan terowong Nanyang Siang Pau dan terowong Jalan Utara bagi menjamin keselamatan penunggang motosikal di ibu kota.

Menterinya, Baru Bian berkata, kedua-dua projek tersebut diluluskan selepas pihaknya berpuas hati dengan projek Transformasi Terowong Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutuan FT02 Sungai Way-Arah Kuala Lumpur yang dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kita mempunyai perancangan untuk menaik taraf sembilan lagi terowong motosikal di di Lebuhraya Persekutuan dalam Program Transformasi Terowong Motosikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun rancangan ini bergantung kepada peruntukan yang diberi oleh kerajaan. Ketika ini, kita mempunyai kekangan peruntukan yang terhad untuk menjalankan projek-projek berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan kerja projek Lorong Motosikal Jalan Persekutuan FT02, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah JKR Selangor, Datuk Ruslan Abd. Aziz; Jurutera JKR Daerah Petaling, Datuk Norman Rabani dan calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini