105 projek Sarawak di bawah KPLB diteruskan tahun ini - Utusan Malaysia

105 projek Sarawak di bawah KPLB diteruskan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memberi jaminan untuk meneruskan 105 daripada 106 projek yang telah diluluskan di Sarawak pada tahun ini.

Menterinya, Rina Mohd. Harun berkata, kesemua 105 projek di seluruh negeri itu menelan peruntukan sebanyak RM916 juta.

“Antara projek yang dilaksanakan adalah menyediakan kemudahan bekalan air dan elektrik serta bantuan perumahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, terdapat satu projek yang terpaksa ditangguhkan iaitu pembinaan jalan di Tanjung Batu, Bintulu yang menelan kos sebanyak RM2 juta,” katanya ketika sidang media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Rina memaklumkan, satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menyelaras projek-projek di Sarawak supaya tidak berlaku pertindihan projek melibatkan kerajaan negeri dan pusat.

Pada masa sama katanya, kementerian juga mahu mengelak berlakunya pembaziran terhadap projek-projek yang dijalankan.

“Jawatankuasa ini akan mengukuhkan lagi kerjasama kita dalam memastikan projek-projek yang dirancang dilaksanakan dengan lancar,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini