Kumpulan pertama Malbatt 850-6 berlepas hari ini - Utusan Malaysia

Kumpulan pertama Malbatt 850-6 berlepas hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kumpulan pertama 215 anggota Batalion Malaysia (Malbatt) 850-6 hari ini berlepas ke Lebanon bagi melaksanakan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lebanon (UNIFIL).

Majlis pemakaian beret PBB, penyerahan bendera Malaysia dan penghantaran kumpulan itu telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Kumpulan yang diketuai Kolonel Azhan Md. Othman itu disertai 50 pegawai dan 165 anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia serta dua anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei .

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan itu yang ditugaskan untuk menggantikan Malbatt 850-5 akan ditempatkan di dua penempatan tetap iaitu Kem Ma’rakah dan Kem Tibnin dengan kumpulan kedua hingga keempat Malbatt 850-6 dijadualkan berlepas pada 13, 20 dan 27 September ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini