Mekanisme penetapan tarif air baharu dirangka - Utusan Malaysia

Mekanisme penetapan tarif air baharu dirangka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang merangka mekanisme penetapan tarif air yang baharu.

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, mekanisme itu berdasarkan lima ciri antaranya kenaikan kadar tarif air dilakukan secara terkawal dan melindungi kepentingan pengguna secara keseluruhan.

Menurut beliau, mekanisme itu juga mengambil kira keperluan khas rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, ia turut meningkatkan keupayaan dan kecekapan operator air selain telus, adil dan mudah difahami,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Fahariyah Md. Nordin yang meminta kerajaan menyatakan langkah diambil untuk mengawal kenaikan tarif air. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini