KJ tiba-tiba setuju dengan Tun M - Utusan Malaysia

KJ tiba-tiba setuju dengan Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Khairy Jamaluddin hari ini dalam hantaran ke Twitter peribadinya menyokong kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung hukuman sebat terhadap pasangan lesbian menjejaskan nama baik Islam.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hukuman itu juga tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa dalam Islam.

“Kita tahu bahawa ini adalah kes pertama bagi mereka dan biasanya dalam kes pertama kita perlu memberi nasihat dan tidak seterusnya melakukan sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebab itu kami berpendapat bahawa kalaupun ada kes-kes yang semacam ini, pertimbangan hendaklah diberi kepada keadaan tertentu, yang mana dalam Islam kita boleh menjatuhkan hukum yang lebih ringan sementara kita memberi nasihat dan sebagainya,” katanya seperti dipetik daripada klip video yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau, hari ini.

Isnin lalu, dua wanita dikenakan hukuman sebat setelah mereka mengaku bersalah kerana cuba melakukan hubungan sejenis.

Pesalah pertama yang berusia 32 tahun disebat kira-kira pukul 10.11 pagi manakala pesalah kedua pada pukul 10.16 pagi.

Masing-masing dikenakan enam sebatan selain denda RM3,000.

Khairy atau lebih dikenali dengan panggilan KJ sebelum ini sering tidak sependapat dengan Perdana Menteri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini