Pengundi perlu halang kemenangan MCA di Balakong - Utusan Malaysia

Pengundi perlu halang kemenangan MCA di Balakong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Pakatan Harapan (PH) menggesa pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong untuk menghalang MCA daripada memenangi kerusi DUN berkenaan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, MCA juga tidak layak mendapat sokongan rakyat kerana mereka mengambil pendirian cauvinis yang hanya berjuang untuk satu kaum. 

“Mereka menuduh saya mengkhianati masyarakat Cina walaupun saya menegaskan bahawa sebagai Menteri Kewangan, saya utamakan diri saya sebagai seorang Malaysia dahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa sama, MCA sanggup mengkhianati rakyat dengan bukan sahaja menyokong UMNO yang bersifat perkauman malah bekerjasama dengan parti ekstremis seperti Pas yang menanam sikap menghasut terhadap bukan Islam dan bukan Melayu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini