Cuepacs sambut baik penyeragaman gaji minimum seluruh negara - Utusan Malaysia

Cuepacs sambut baik penyeragaman gaji minimum seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan  Awam (Cuepacs) menyambut baik pelaksanaan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, biarpun nilainya tidak begitu tinggi, namun Cuepacs berpuas hati kerana terdapat sedikit perubahan dalam angka gaji minimum dalam sektor pekerjaan.

“Pengumuman gaji minimum semalam merupakan pengumuman pertama. Harapan Cuepacs kepada kerajaan adalah agar kajian berkaitan pelaksanaan gaji minimum dilakukan secara berterusan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cuma kita menaruh harapan kepada janji kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) iaitu kadar gaji minimum ditetapkan sebanyak RM1,500 di seluruh negara,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Kerajaan semalam mengumumkan bersetuju untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam bagi seluruh negara selepas menimbang syor-syor yang diberikan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) hasil kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini