[VIDEO] 200 kanak-kanak tadika bersemangat sambut Hari Kebangsaan - Utusan Malaysia

[VIDEO] 200 kanak-kanak tadika bersemangat sambut Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR 6 Sept. – Kira-kira 200 kanak-kanak tujuh buah tadika swasta sekitar daerah ini mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan di Forest Park, Taman Hill Park dekat Bandar Puncak Alam di sini, baru-baru ini.

Sambutan anjuran Persatuan Pendidik Tadika Swasta Kuala Selangor (PPTSKuSel) itu dimulakan dengan bacaan doa, ikrar dan lagu kebangsaan Negara Ku.

Kanak-kanak yang mengambil bahagian berumur tiga hingga enam tahun itu memakai pakaian dengan tema Jalur Gemilang pada majlis yang turut dihadiri Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Selangor, Marpuaton Sastero.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis itu dimeriahkan dengan acara mengibarkan Jalur Gemilang dan nyanyian lagu patriotik.

Kemuncak acara, kanak-kanak berarak sambil mengibarkan bendera di sekitar taman berkenaan.

Mengakhiri majlis sambutan itu ialah acara mengecat Jalur Gemilang gergasi yang turut membabitkan ibu bapa.

Antara tadika yang mengambil bahagian ialah Tadika Awal Intelek Montessori; Tadika Aspirasi Bijak; Tadika Nur Prisma; Tadika Cerdas dan Tadika Sejati Ijok.

Pengerusi PPTSKuSel, Siti Rohani Abd Samat berkata, sambutan itu adalah yang pertama dianjurkan persatuan itu.

“Sebelum ini, tadika berkenaan masing-masing mengadakan pelbagai kegiatan berkaitan tema kemerdekaan seperti mewarna, melukis, membuat poster dan kraftangan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini