Tubuh jawatankuasa khas kaji punca projek terbengkalai di Selangor - Utusan Malaysia

Tubuh jawatankuasa khas kaji punca projek terbengkalai di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Kerajaan negeri Selangor digesa menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dengan serta-merta bagi menyelesaikan masalah 28 projek perumahan terbengkalai yang melibatkan 6,999 unit di negeri itu.

Calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Tan Chee Teong berkata, perangkaan dari tahun 2009 sehingga Jun tahun lalu itu menunjukkan 41.8 peratus daripada keseluruhan 67 projek perumahan yang terbengkalai di negara ini berlaku di Selangor. 

Sehubungan itu katanya, jawatankuasa khas itu perlu bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mengkaji punca masalah rumah terbengkalai yang dilihat ‘parah’ di negeri itu dan seterusnya mencari jalan penyelesaian. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya difahamkan kebanyakan projek perumahan terbengkalai ekoran bayaran tinggi yang dikenakan oleh kerajaan tempatan terhadap pemaju perumahan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Gerakan MCA PRK DUN Balakong dekat sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini