Jurukimpal didakwa lakukan amang seksual, cubaan rogol anak saudara - Utusan Malaysia

Jurukimpal didakwa lakukan amang seksual, cubaan rogol anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 6 Sept. – Seorang jurukimpal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di ini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan cubaan rogol terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun pada Jun lalu.

Lelaki tersebut membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di dua mahkamah berasingan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan dan Hakim Juraidah Abbas.

Tertuduh yang berusia 48 tahun didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang merupakan anak saudaranya kira-kira pukul 2 petang 17 Jun lalu dan pukul 5 petang keesokan harinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bapa kepada empat anak itu turut didakwa atas pertuduhan cuba merogol kanak-kanak sama kira-kira pukul 3 petang 16 Jun lalu di sebuah rumah di Kampung Bukit Larek .

Pendakwaan bagi dua kesalahan amang seksual fizikal tersebut dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Manakala pendakwaan bagi pertuduhaan cubaan rogol dilakukan mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Rehab Abdul Shukur tidak menawarkan sebarang jaminan kerana bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa berikutan hubungan kekeluargaan antara mereka dan tinggal berjiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini