Kementerian Wilayah pantau 6 kelab gay di KL - Utusan Malaysia

Kementerian Wilayah pantau 6 kelab gay di KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Risikan Kementerian Wilayah mendapati sebanyak enam buah kelab gay beroperasi secara aktif di ibu negara termasuk Blue Boy yang terkenal dalam kalangan pelancong Eropah.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh berkata, pihaknya bagaimanapun sentiasa memantau kesemua kelab berkenaan bagi memastikan tiada kes salah laku, jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Katanya, pihaknya akan bertindak dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita alu-alukan aduan daripada orang ramai untuk dilakukan serbuan dan operasi.

“Kelab Blue Boy saya difahamkan terkenal seluruh dunia kerana pamer perkhidmatan dalam media sosial. Blue Boy dikenali kerana pelancong-pelancong dari Eropah ‘taste’ (minat) orang Asia,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Negara, hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini