Anak-anak pelarian perlu diberi layanan saksama - Tuanku Zara - Utusan Malaysia

Anak-anak pelarian perlu diberi layanan saksama – Tuanku Zara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menitahkan agar anak-anak daripada keluarga pelarian di negara ini diberikan layanan secara adil dan saksama seperti yang diterima oleh kanak-kanak lain.

Baginda bertitah, anak-anak daripada keluarga pelarian tidak seharusnya menjadi mangsa dan menanggung penderitaan disebabkan perbuatan yang bukan dilakukan oleh mereka.

“Dunia sedang menyaksikan krisis orang pelarian secara besar-besaran dengan jutaan manusia terpaksa berpindah-randah, mencari perlindungan di tempat-tempat yang lebih selamat, berkhemah di sempadan-sempadan negara atau cuba menembusi sempadan negara-negara jiran.  

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dan ketika ini, terdapat 150,000 orang pelarian dari Myanmar, Palestin, Syria, Yaman, Iran, Sri Lanka, Pakistan dan Afghanistan di negara ini.  25,000 orang atau 17 peratus daripada jumlah tersebut berada di bawah usia 18 tahun dan hanya 30 peratus daripada jumlah itu yang berusia di bawah 18 tahun, berpeluang mengikuti pelajaran di pusat-pusat pembelajaran komuniti,” titah baginda.

Tuanku Zara bertitah demikian ketika berucap merasmikan Kongres ke-40 Persatuan Pediatrik Malaysia, yang berlangsung selama empat hari bermula semalam, di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini, hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini