Gangguan bekalan air di Perlis selama 12 jam Ahad ini - Utusan Malaysia

Gangguan bekalan air di Perlis selama 12 jam Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Beberapa kawasan di Perlis akan mengalami gangguan bekalan air bermula pada pukul 8 pagi hingga 8 malam, Ahad ini.

Menurut kenyataan Syarikat Air Perlis (SAP), kawasan terlibat ialah Bintong, Behor Inai, Abi Padang Melangit, Kuala Perlis, Simpang Empat, Sanglang, Bongor Kudong, Kampung Rama, Tebing Tinggi, Behor Temak, Bangsal Lebah, Behor Gonchar, Wang Ulu, Utan Aji dan Kampung Surau di sini.

Kawasan lain bermula dari kilometer 14 Jalan Kaki Bukit hingga ke Titi Tinggi termasuk Kampung Guar Jentik, Tasoh, Padang Besar, Kaki Bukit dan Wang Kelian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kenyataan itu, gangguan berkenaan disebabkan kerja teknikal Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang PVCB Loji Timah Tasoh.

“Bekalan air akan pulih secara berperingkat selepas tempoh tersebut dan orang ramai diminta untuk menyimpan air secukupnya untuk keperluan mereka,” menurutnya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini