Wanita Bangladesh cedera ditikam suami - Utusan Malaysia

Wanita Bangladesh cedera ditikam suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Sept.- Seorang wanita warga Bangladesh cedera selepas ditikam suaminya dalam kejadian di Taman Bukit Teratai, Ampang dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun hanya mengalami luka biasa di bahagian perutnya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian terbabit, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suaminya yang merupakan warga Myanmar di sebuah padang di kawasan terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, akibat kejadian itu, suami mangsa bertindak melarikan diri dan mangsa yang cedera ditinggalkan di situ.

“Orang awam yang melihat kejadian itu terus membantu sebelum memaklumkan kejadian ke balai berdekatan.

“Mangsa kemudian di hantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan dan pemeriksaan lanjut oleh pihak hospital mendapati kecederaan dialami mangsa tidak serius kerana kesan tusukan tidak menusuk sehingga ke usus,” katanya di sini hari ini.

Tambah Hamzah, mangsa telah dipindahkan ke wad biasa dan siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Semakan lanjut, mangsa dan suaminya tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan sehingga kini tiada sebarang tangkapan dilakukan,”ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini