218 pelajar terima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ATM - Utusan Malaysia

218 pelajar terima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Sept. – Seramai 218 anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang cemerlang dalam pelajaran menerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ATM.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dalam Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ATM ke-28 di Auditorium Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Mohamad berkata, anugerah itu sebagai tanda pengiktirafan terhadap kejayaan anak-anak tersebut yang telah mempamerkan kesungguhan dan usaha gigih dalam mengharungi dunia persekolahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anugerah tersebut disampaikan kepada mereka yang cemerlang dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada tahun lepas.

Penganugerahan itu diserahkan melalui kerjasama strategik Kementerian Pertahanan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Penerima membawa pulang sijil penghargaan dan cek mengikut kadar pencapaian pendidikan masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini