Gempa bumi kuat landa Hokkaido, Rantau Jepun - Utusan Malaysia

Gempa bumi kuat landa Hokkaido, Rantau Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 6.7 pada skala Richter melanda Hokkaido, Rantau Jepun, kira-kira pukul 2.08 pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi kenyataan hari ini, pusat gempa itu  terletak di 42.7 darjah Utara dan 142.3 darjah Timur, kira-kira 79km dari Timur Sapporo, Jepun dengan kedalaman 10km.

Gempa bumi itu, bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami, kata kenyataan itu. – Bernama
 

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini