Liverpool masih dalam suasana pra musim - Klopp - Utusan Malaysia

Liverpool masih dalam suasana pra musim – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 6 Sept. – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberitahu bahawa pasukannya masih berada dalam suasana pra musim biarpun telah meraih empat perlawanan Liga Perdana Inggeris ketika ini.

The Reds memulakan kempen musim ini tanpa kekalahan biarpun kebanyakan pemain mereka baharu bersama selepas tidak menyertai kelab itu sewaktu aksi pra-musim kerana Piala Dunia.

Klopp meletakkan pemain mereka dengan latihan berganda bagi mendapatkan prestasi terbaik agar dapat memulakan musim ini dengan cemerlang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemain masih belum berada di tahap terbaik mereka lagi.

“Ini kerana kami masih di peringkat awal musim lagi dan itu adalah sesuatu yang biasa.

“Semua pasti tahu bahawa kami mempunyai banyak tugasan yang harus dilakukan dan apabila anda memenangi empat perlawanan pasti bunyinya amat gila namun ia masih sebahagian daripada pra-musim buat kami,” kata Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini