Ayuni ditawar beraksi di England - Utusan Malaysia

Ayuni ditawar beraksi di England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARENA hoki negara mendapat penghormatan besar daripada gergasi hoki, England yang menghuni ranking No. 2 dunia apabila penjaga gol No. 1 skuad wanita kebangsaan, Farah Ayuni Yahya ditawarkan beraksi bersama Kelab Hoki East Grinstead (EGHC) sehingga November depan.

Ayuni, 29, dari Johor Bahru bakal mengisi kekosongan pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016 yang merupakan penjaga gol No. 2 Great Britain, Kirsty Mackay yang berhijrah menyertai Bowdon Hightown HC.

“Banyak perkara dalam fikiran saya ketika ini tetapi akhirnya saya bersetuju ke England selepas mendapat kata-kata semangat dan keyakinan daripada jurulatih.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masih belum ada surat hitam putih tetapi andai benar ia menjadi kenyataan, saya menganggap ia satu rezeki atas kekecewaan gagal ke separuh akhir Sukan Asia 2018,” katanya yang beraksi bersama Polis Diraja Malaysia.

Beliau mengetahui EGHC berminat mendapatkan khidmatnya adalah menerusi Ketua jurulatih, Muhammad Dharma Raj Abdullah.

Antara faktor pasukan tempat ketiga Liga Hoki England (EHL) musim lalu itu berminat ‘melamar’ Ayuni adalah disebabkan prestasi cemerlangnya sewaktu menentang England dalam Sukan Komanwel di Australia April lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini