Golongan LGBT layak dapat zakat - Utusan Malaysia

Golongan LGBT layak dapat zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Jabatan Mufti Se­langor menyenaraikan 10 golo­ngan yang terbelenggu dengan gaya hidup songsang layak menerima zakat Asnaf Al-Riqab seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 14 Mei 2012.

Senarai 10 golongan tersebut terdiri daripada pelacur, lesbian, mak nyah, gay, homoseksual, gigolo, biseksual, pengkid, tomboy dan bersekedudukan dengan orang bukan lslam.

Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, golongan tersebut layak me­nerima zakat melalui perantaraan mana-mana institusi, pusat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan individu perseorangan yang dibenarkan oleh undang-undang dan hukum syarak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua di atas ini berfungsi me­laksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf Al-Riqab supaya dapat menjalani kehidupan sempurna secara lslam.

“Keputusan dibuat bersandarkan kebajikan dan kasih sayang dalam lslam agar golongan ini tidak terpinggir dan berasa seolah-olah di­diskriminasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini