Seramai 10 penumpang pesawat Emirates diserang penyakit misteri - Utusan Malaysia

Seramai 10 penumpang pesawat Emirates diserang penyakit misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan Emirates mengesahkan 10 penumpang pesawat miliknya EK203 dari Dubai ke New York telah jatuh sakit.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kesemua penumpang pesawat berkenaan dikuarantinkan dan diberi rawatan oleh pasukan perubatan sebaik tiba di Lapangan terbang JFK, New York kira-kira pukul 9 malam ini (waktu Malaysia), menurut kenyataan Emirates.

“Kesemua 10 penumpang tersebut telah dirawat oleh pasukan perubatan tempatan manakala penumpang lain akan diberi pelepasan tidak lama lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keselamatan dan kebajikan penumpang adalah keutamaan kami,” kata kenyataan tersebut.

Pesawat tersebut yang dipercayai membawa 380 penumpang berlepas dari Dubai pada pukul 1.12 petang tadi dan tiba di New York pada pukul 9 malam waktu tempatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini