Calon Cabang AMK Perlis nyata sokongan terhadap Rafizi - Utusan Malaysia

Calon Cabang AMK Perlis nyata sokongan terhadap Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 5 Sept. – Selepas barisan calon Ketua Cabang PKR negeri menyatakan sokongan terhadap Rafizi Ramli sebagai calon Timbalan Presiden PKR baru-baru ini, kini calon-calon Cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar pula menyatakan pendirian yang sama hari ini.

Jurucakap kumpulan itu yang juga calon Naib Ketua AMK Cabang Kangar, Abdul Asymawi Syazwi Abdul Halim berkata, mereka sebulat suara menyokong Rafizi atas pelbagai faktor terutamanya kejayaan pusat kaji selidik Pakatan Harapan, Invoke Malaysia.

Katanya, Invoke Malaysia yang diterajui Rafizi itu telah terbukti berkesan sehingga membawa kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buktinya, menerusi strategi dan keberanian Rafizi membongkar pelbagai skandal telah menyebabkan 40 daripada 42 Ahli Parlimen dalam Invoke menang dalam PRU-14.

“Selain itu, Rafizi juga telah membawa minat golongan muda untuk melibatkan diri dalam politik baharu negara dan bijak menegur pemimpin termasuk di dalam Pakatan Harapan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama calon Ketua AMK Padang Besar, Ahmad Soffi Abdul Manah dan calon Timbalan Ketua AMK Cabang Kangar, Muhammad Wajdi Salehuddin.

Dalam pada itu, Abdul Asymawi Syazwi berkata, calon-calon AMK Cabang Kangar, Arau dan Padang Besar turut menyokong Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir sebagai calon Ketua AMK Pusat.

“Akmal bukan sahaja menewaskan tokoh politik veteran, Tan Sri Shahrir Samad pada PRU-14 lalu tetapi juga menunjukkan kemampuan melontarkan idea-idea hebat semasa debat di sebuah stesen televisyen baru-baru ini,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini