Harga pil kuda naik RM5 - Utusan Malaysia

Harga pil kuda naik RM5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 5 Sept. – Harga pil kuda di negeri ini naik sebanyak RM5 menjadi RM15 sebiji berbanding RM10 sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, peningkatan harga dadah itu berpunca daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh polis.

“Sejak operasi berterusan yang dilakukan oleh polis membuatkan bekalan menjadi kurang dipasaran dan situasi itu menyebabkan berlakunya peningkatan harga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peningkatan itu dapat dilihat khususnya di kawasan Gua Musang apabila sebiji pil kuda dijual dengan harga RM25 berbanding RM20 sebiji sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini hari ini.

Abdullah memberitahu, polis akan terus mempertingkatkan lagi operasi bagi memastikan penyalahgunaan dadah khususnya pil kuda dapat dikurangkan.

Katanya, kerjasama orang ramai sememangnya ditagih dengan menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui perkara tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini