Penagih toreh badan pekerja asing dicekup polis - Utusan Malaysia

Penagih toreh badan pekerja asing dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki disyaki penagih dadah yang sering menyerang pekerja warga asing dengan cara menoreh badan mangsa akhirnya tersungkur selepas polis menahannya di Bukit Minyak, Bukit Mertajam di sini kira-kira pukul 8.40 pagi tadi.

Dalam beberapa siri kejadian, suspek berusia 26 tahun itu dikatakan telah mendekati mangsa yang sedang berjalan kaki atau berbasikal ke tempat kerja di Kawasan Perindustiran Bukit Minyak, Bukit Mertajam sebelum menoreh belakang dan tangan mangsa.

Akibat kejadian itu, mangsa yang terlibat terpaksa menerima beberapa jahitan selain ada yang mendakwa turut disamun suspek terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, suspek dipercayai melakukan kegiatan itu ke atas sembilan mangsa di kawasan itu sejak Jun lalu hingga semalam.

Menurutnya, suspek yang positif dadah mendakwa bertindak demikian kerana perasaan marah terhadap warga asing apabila sering menganggu adik perempuannya sebelum ini.

Dalam pada itu, polis turut merampas tiga bilah pisau iaitu masing-masing sebilah pisau yang diubah suai sepanjang 16 sentimeter (sm), pisau dapur (19sm) dan pisau lipat (15sm). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini