Syariat Islam untuk mendidik, bukan menghukum - Utusan Malaysia

Syariat Islam untuk mendidik, bukan menghukum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 5 Sept. – Hasrat negeri tertentu untuk mengikut jejak langkah hukuman sebat terhadap pesalah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) seolah-olah mengambarkan agama Islam hanya menghukum manusia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, pelaksanaan undang-undang Islam sebenarnya untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada orang ramai.

“Berhubung idea untuk negeri mengikuti jejak langkah itu (hukuman sebat), saya berasa ini bukan semangat pelaksanaan hukuman jenayah Islam. Ini bakal memberi mesej bahawa Islam hanya menghukum manusia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebenarnya ia (undang-undang syariah) berdasarkan prinsip kesedaran dan mendidik orang ramai, bukannya menghukum,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat Korporat Pusat Pungutan Zakat (PPZ)-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), di sini hari ini.

Jabatan Agama Islam Pahang semalam berhasrat untuk melaksanakan hukuman sebat terhadap pesalah LGBT seperti dilaksanakan di Terengganu.

Kelmarin, dua wanita disebat enam kali di khalayak ramai di Mahkamah Tinggi Terengganu kerana cuba melakukan hubungan seks dalam sebuah kereta di Arena Square, Dungun pada 8 April.

Keputusan sebat di hadapan orang ramai itu telah mencetuskan kritikan pelbagai pihak yang menyifatkannya tidak selari dengan ajaran Islam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini