Kerajaan Pas Kelantan sumbang RM50,000 pada Terengganu - Utusan Malaysia

Kerajaan Pas Kelantan sumbang RM50,000 pada Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 5 Sept. – Kerajaan Pas Kelantan hari ini menyumbangkan sebanyak RM50,000 kepada jiran mereka, Terengganu yang terjejas akibat ribut.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan bebanan yang ditanggung mangsa ribut di negeri itu baru-baru ini.

“Saya difahamkan lebih 1,800 rumah dan 30 sekolah di daerah Kuala Nerus dan Marang yang terjejas akibat ribut berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sesungguhnya Allah SWT mendatangkan ujian kepada kita supaya menjadi orang yang sabar dalam menghadapi ujian dalam kehidupan.

“Apa yang kita miliki semuanya adalah anugerah dan pinjaman daripada Yang Maha Esa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini