KUALA LUMPUR 5 Sept. – Tujuh hari selepas dilahirkan, pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi nama anak sulungnya.
Menerusi perkongsian dalam Instagram miliknya, Sharnaaz dan isteri, Noor Nabila, memilih nama Jebat Jayden Ahmad untuk bayi lelaki mereka.
“Assalammulaikum, dengan lafaz bismillah dan penuh kesyukuran, berkat rahmat Allah yang maha kuasa, dengan ini saya memperkenalkan anak kesayangan kami bernama Jebat Jayden Ahmad bin Sharnaaz Ahmad,” tulisnya.
Selain itu, Sharnaaz juga telah membuka akaun laman sosial Instagram untuk anaknya dengan nama @jebatjayden.
Pelakon drama Cinta Bukan Kristal ini bergelar bapa pada 30 Ogos lalu yang juga jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-32.
Sharnaaz dan Nabila bernikah pada 31 Mac tahun lalu di sebuah hotel di Petaling Jaya. – UTUSAN ONLINE.











