Malaysia, Singapura meterai perjanjian tangguh projek HSR sehingga Mei 2020 - Utusan Malaysia

Malaysia, Singapura meterai perjanjian tangguh projek HSR sehingga Mei 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menangguhkan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) sehingga 31 Mei 2020.

Dengan penangguhan projek tersebut Malaysia perlu membayar sebanyak SDG$15 juta (RM45.1 juta) kepada pihak Singapura pada Januari depan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada Singapura kerana memberikan masa untuk membuat pembayaran tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mengenai pembatalan projek, kami sudah berbincang dan saya tidak mahu terus membuat kesimpulan kerana perjanjian yang ditandatangani jelas menunjukkan komitmen untuk meneruskan projek ini selepas Mei 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama antara Malaysia dan Singapura selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penangguhan HSR di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Perjanjian tersebut disaksikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean.

Turut hadir pada sidang akhbar bersama itu ialah Menteri Pengangkutan republik itu, Khaw Boon Wan dan Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke.

Pada 28 Mei lalu, Mahathir mengumumkan pembatalan projek HSR sekaligus berkemungkinan perlu membayar pampasan sehingga RM500 juta kepada Singapura.

Mahathir dilaporkan berkata, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan HSR bukannya membatalkan projek pengangkutan itu.

Perdana Menteri juga dipetik berkata, kerajaan tidak menafikan keperluan projek pengangkutan awam berkenaan pada masa akan datang namun terpaksa menangguhkan komitmen pembinaan HSR susulan ketidakmampuan ekonomi negara.

Katanya, kos keseluruhan pembinaan HSR untuk laluan sepanjang 350 kilometer (km) dijangka menelan belanja RM110 bilion dan jumlah itu terlalu tinggi kerana kerajaan sedang berusaha mengurangkan hutang negara yang kini mencecah sebanyak RM1 trilion.

Pada 30 Ogos lalu, Mohamed Azmin berada di Singapura bertemu Boon Wan dalam satu mesyuarat.

Mohamed Azmin dilaporkan berkata, perbincangan antara kerajaan bersama Singapura bagi projek HSR hampir selesai yang bakal menguntungkan kedua belah pihak. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini