Musa Aman selesai angkat sumpah ADUN Sungai Sibuga - Utusan Malaysia

Musa Aman selesai angkat sumpah ADUN Sungai Sibuga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman selesai menyempurnakan proses angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga di Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada pukul 3.33 petang tadi.

Musa yang tiba di pekarangan Bangunan DUN kira-kira pukul 1.20 petang masuk ke dalam bilik Speaker DUN, Datuk Syed Abas Syed Ali selepas sejam kemudian.

Menurut Musa yang merupakan bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, beliau kini kembali ke Sabah demi menunaikan tugas dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat meskipun dalam keadaan kurang sihat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ingin dijelaskan saya bukan seorang pelarian dan tidak pernah berniat untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa sebagaimana yang pernah digembar-gemburkan menerusi laman sosial selama ini.

“Saya berada di luar negara atas sebab-sebab kesihatan dan perlu menjalani rawatan rapi. Perkara ini dibuktikan dengan laporan kesihatan daripada para doktor yang bertanggungjawa merawat saya,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga di sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Jeffrey Kitingan; ADUN Karanaan, Datuk Masidi Manjun dan ADUN Sulaman, Datuk Hajiji Noor dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Shirlin.

Tambah Musa, beliau merupakan anak pribumi Sabah yang selama ini telah memberikan khidmat bakti terhadap kawasan DUN yang diwakili.

“Perjuangan dan khidmat saya kepada rakyat serta negeri (Sabah) ini akan tetap diteruskan dengan sedaya upaya,” jelasnya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini