Dadah bernilai RM8.8 juta dirampas di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Dadah bernilai RM8.8 juta dirampas di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai RM8.8 juta dalam lima serbuan berasingan di negeri ini selepas penahanan dua lelaki di Gelugor di sini Isnin lalu.

Suspek berusia 39 dan 46 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dalam operasi bermula pukul 11 pagi hingga 7.30 malam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Seri A. Thaiveegan berkata, susulan tangkapan suspek telah membawa pasukan polis ke empat lokasi berasingan di Jelutong, Sungai Dua dan Balik Pulau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam semua serbuan tersebut, polis berjaya merampas sebanyak 16.3 kilogram (kg) dadah disyaki syabu, 18.6kg ganja dan 3.67kg heroin.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui sumber dadah terutama syabu yang dipek di dalam bungkusan emas berlogo naga selain memburu ahli-ahli sindiket terlibat,” katanya kepada pemberita di IPK di sini sebentar tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Kamarul Zaman Mamat dan Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Ali.

Turut disita adalah sebuah kereta dan motosikal berkuasa tinggi, wang tunai RM370,000 serta akaun di bank berjumlah RM2,056,678.90. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini