Kerjasama MCA dan Pas untuk kebaikan rakyat - Utusan Malaysia

Kerjasama MCA dan Pas untuk kebaikan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Sept.- MCA sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik termasuk Pas sekiranya ia berupaya menguatkan fungsi semak dan imbang serta menjadi rakan pembangkang yang mampu menegur kesilapan kerajaan.

Naib Presiden MCA, Datin Chew Mei Fun berkata, kemunculan pemimpin Pas di pentas MCA malam tadi hanya sekadar untuk menggesa pengundi menyokong calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

“Mereka datang untuk memberikan sokongan kepada calon MCA, Tan Chee Teong dan bukanlah menggambarkan keseluruhan kerjasama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai ahli politik, peranan utama kita adalah demi kebajikan rakyat dan pembangunan negara sebab itu kita bekerjasama mereka,” katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan muncul dalam ceramah MCA DUN Balakong dan ini merupakan kemunculan pertama kali yang melibatkan pemimpin Pas ketika PRK Balakong. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini