Sarang dadah diserbu, sembilan penagih diberkas - Utusan Malaysia

Sarang dadah diserbu, sembilan penagih diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Sekumpulan lelaki yang sedang asyik melepaskan gian terkejut apabila sarang penagihan dadah di kawasan ladang kelapa sawit di Semeling, Sungai Petani dekat sini diserbu penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) hari ini.

Dalam serbuan bermula pukul 8.30 pagi hingga pukul 11 pagi itu, seramai sembilan individu berusia antara 23 hingga 45 tahun berjaya ditahan.

Ketua AADK Daerah Kuala Muda, Shamshuri Yusoff berkata, serbuan dilakukan di sarang penagihan yang terkenal dalam kalangan penagih untuk melepaskan gian atau mendapatkan bekalan dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sarang penagihan yang dikenali sebagai Port Joven ini pernah diserbu beberapa kali sebelum ini tetapi ia masih beroperasi dan menjadi tumpuan penagih dadah dari merata tempat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, dalam serbuan itu, seorang lagi individu disyaki tokan dadah sempat melarikan diri. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini