UMNO nafi anjur Demonstrasi Kuburkan Undang-undang Negara - Utusan Malaysia

UMNO nafi anjur Demonstrasi Kuburkan Undang-undang Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Sept. – UMNO menafikan dakwaan bahawa parti itu bakal menganjurkan Demonstrasi Kuburkan Undang-undang Negara Ahad ini di Dataran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) seperti yang tular di media sosial.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara yang dinyatakan dalam surat yang ditularkan mengenai perkara tersebut adalah tidak benar dan bukan dibawah kendalian UMNO.

“Perkara ini merupakan satu fitnah untuk memburukkan nama baik UMNO.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehubungan itu UMNO sangat kesal dengan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan surat tersebut dan meminta supaya rakyat tidak mempercayainya,” katanya dalam kenyataan di sini semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini