Petisyen pilihan raya: Vidyananthan daripada BN kekal sebagai ADUN Kahang - Utusan Malaysia

Petisyen pilihan raya: Vidyananthan daripada BN kekal sebagai ADUN Kahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – R. Vidyananthan daripada MIC kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang, Johor selepas Mahkamah Tinggi hari ini menolak petisyen pilihan raya dikemukakan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Noorlihan Ariffin yang mencabar keputusan pilihan raya dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) berkenaan.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali yang membuat keputusan itu turut membenarkan permohonan Vidyananthan, Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN Kahang, Nasri Md. Ali dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selaku responden untuk membatalkan petisyen pilihan raya difailkan Noorlihan selaku pempetisyen.

Mohd. Nazlan di dalam penghakimannya berkata, kesemua responden berjaya membuktikan fakta-fakta yang mencukupi untuk membatalkan petisyen pilihan raya berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan ini, mahkamah menolak petisyen pilihan raya dikemukakan pempetisyen dan mengisytiharkan responden pertama (Vidyananthan) adalah ADUN yang dipilih untuk Kahang,” kata hakim itu.

Mahkamah turut memerintahkan pempetisyen membayar kos RM10,000 untuk setiap responden. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini