Bincang cadangan wujudkan Duta Khas Malaysia ke Palestin - Marzuki - Utusan Malaysia

Bincang cadangan wujudkan Duta Khas Malaysia ke Palestin – Marzuki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Sept – Kementerian Luar akan berbincang mengenai cadangan mewujudkan jawatan Duta Khas Malaysia ke Palestin bagi membolehkan Malaysia terus memainkan peranan aktif dalam memperjuangkan isu rakyat Palestin di platform antarabangsa.

DATUK MARZUKI YAHYA
DATUK MARZUKI YAHYA

Sambil menyambut baik cadangan itu, Timbalan Menterinya, Datuk Marzuki Yahya berkata, meskipun ketika ini, tiada duta mewakili negara di Palestin, namun Malaysia sentiasa mengambil maklum mengenai situasi yang berlaku di Palestin.

“Malaysia tidak mempunyai duta di Palestin namun kita selalu mengambil perhatian mengenai kedudukan rakyat negara itu menerusi duta mereka di Kuala Lumpur dan rakan-rakan kita yang berada di Jordan dan Mesir.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya rasa, jawatan Duta Khas Malaysia ke Palestin adalah satu cadangan yang amat baik dan saya akan cuba bawa isu ini dan berbincang di peringkat kementerian,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Dr. Mohd. Nor Monutty yang meminta kerajaan menyatakan sama ada bercadang untuk mewujudkan jawatan Duta Khas Malaysia ke Palestin. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini