QE/5S tingkatkan produktiviti - Utusan Malaysia

QE/5S tingkatkan produktiviti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 5 Sept. – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Pejabat Negeri Kelantan buat julung kali bekerjasama dengan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) menganjurkan bengkel praktikal Sistem Pengurusan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) di kolej itu di sini hari ini.

Program itu telah berjaya menarik sebanyak 75 peserta dari 15 agensi kerajaan dan swasta di negeri ini termasuk syarikat besar serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) negeri, Nik Mohd Fahim Muhaimin berkata, bengkel praktikal pelaksanaan QE/5S penting supaya organisasi terutamanya PKS dapat belajar langkah meningkatkan produktiviti mereka lebih-lebih lagi dalam berhadapan era Revolusi Industri 4.0. (IR 4.0).

Memuatkan artikel berkaitan…

“MPC adalah agensi di bawah MITI yang merupakan badan yang dipertanggungjawab untuk memacu pembangunan produktiviti di negara ini.

“Produktiviti adalah perkara yang mungkin ramai tidak nampak kepentingannya berbeza dengan negara-negara Scandenavia yang amat menitikberat peningkatan produktiviti.

“Produktiviti atau kecekapan kerja yang meningkat mempunyai kaitan yang amat rapat dengan keupayaan melaksanakan inovasi,” katanya semasa merasmikan bengkel praktikal QE/5S di kolej itu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Eksekutif (Hal Ehwal Akademik) Kias, Dr Yeop Hussin Bidin dan Pengurus Kanan MPC Pejabat Negeri Kelantan, Nik Faizal Nik Ahmad.

Bengkel separuh hari itu turut melibatkan pembentangan dua kertas kerja iaitu Peningkatan Produktiviti dan Kualiti Melalui Persijilan QE/5S yang dibentangkan Pengurus Kanan MPC Wilayah Tengah, Rusdi Muda dan Amalan 5S Dalam Perspektif Islam oleh Ketua Unit Jaminan Kualiti Kias, Tuan Siti Mastazameatun Long Tuan Kechik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini